Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NFC mahu hakim dengar kes Rafizi ditukar
Diterbitkan:  May 5, 2015 4:38 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

National Feedlot Corporation (NFC) mahu hakim yang mendengar kes Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) ditukar dengan alasan beliau mempunyai kaitan dengan pemimpin PKR yang lain.

Dalam kenyataannnya, NFC berkata Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozina Ayob pada 2013 menarik diri daripada mendengar kes Ketua AMK Nik Nazmi Ahmad kerana mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Dalam nada yang sama, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (kiri) berkata, Nik Nazmi melapor kepada Rafizi yang berjawatan tinggi daripadanya dan oleh sebab itu Rozina perlu menarik dirinya.

Menurut Mohamad Salleh lagi, memandangkan wujud hubungan kekeluargaan itu, maka peguam negara dan timbalan pendakwaraya bagi kes Rafizi itu perlu mengambil maklum dengan memfailkan permohonan penarikan diri kerana kemungkinan wujud konflik kepentingan dan berat sebelah.

"Peguam saya telah menasihatkan (saya) bahawa tidak kira keputusan yang dibuat oleh Hakim Rozina di akhir kes, seluruh integriti perbicaraan itu akan dipersoalkan, terutamanya wujudnya hubungan kekeluargaan antara beliau dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad," kata beliau.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS