Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini mengelak daripada memberikan jawapan penuh apabila ditanya mengenai penahanan semalaman enam remaja susulan perhimpunan anticukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 Mei lalu.

Sebaliknya, Rohani sekadar menjawab: "Kami akan serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan" apabila ditanya wartawan yang menghadiri sidang media di Kuala Lumpur.

Pengarah Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Arfan Sulaiman yang turut hadir juga memberikan respon yang sama.

“Kami akan serah kepada pihak berkuasa yang berkaitan, iaitu pihak polis,” katanya.

Minggu lalu enam remaja dipercayai berusia 17 tahun ditahan bersama 23 individu lain selepas perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur.

[Baca Berita asal]

Lihat Komen
ADS