Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan Putrajaya untuk membekukan pengambilan penjawat awam sejak 22 April tidak harus mengorbankan bidang pendidikan dan kesihatan, kata anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Sebaliknya, kata Liew, kerajaan patut mengurangkan kakitangan ramai di Jabatan Perdana Menteri dan memotong perbelanjaan 'budi bicara' RM7 bilionnya.

“Saya difahamkan oleh kementerian bahawa discretionary funds tidak terjejas (dalam potongan belanjawan),” katanya kepada Malaysiakini .

Liew berkata dana jenis itu menggunakan istilah terlalu umum seperti “dana fasilitasi” yang tidak menyatakan pecahan bagaimana wang dibelanjakan.

“Kamu tidak tahu bagaimana wang itu diguna sebenar-benarnya,” katanya yang sering menganalisis perbelanjaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setiap kali belanjawan dibentangkan.

“Perdana menteri boleh tandatangan ikut suka.”

Sin Chew Daily hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan, termasuk kementerian pelajaran, polis dan tentera, diberitahu untuk berhenti mengambil pekerja baru.

Perkara itu berdasar pekeliling 22 tetapi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam memberitahu jawatan “kritikal” masih terbuka untuk permohonan.

Pada 2 Mei lalu, laman pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan sebahagian pekeliling itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS