Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tanggapan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan yang menyaksikan majoriti BN lebih rendah dalam pilihan raya kecil Rompin.

Bercakap kepada pemberita di pusat perjumlahan undi di Kuala Rompin malam tadi, Hishammuddin berkata beliau tidak merasakan faktor Dr Mahathir ada sebarang kaitan dengan perkara itu.

Majoriti BN merosot daripada 15,114 undi pada 2013 kepada hanya 8,895 undi, dengan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah, manakala jumlah undi untuk PAS hampir tidak berubah.

Mengenai sama ada keputusan di Rompin itu akan menguatkan asas kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, Hishammuddin sekali lagi menolak tanggapan tersebut.

Katanya, ia tiada kaitan dengan Dr Mahathir dan malah beliau tidak mengundi pun di situ.

Sejak 2 April, Dr Mahathir secara konsisten mengkritik kepimpinan Najib dan mendakwa BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau terus memimpin.

Dr Mahathir berkata Najib direndung terlalu banyak kontroversi, iaitu isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan dakwaan gaya hidup mewah keluarganya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir memberi contoh bagaimana khabar angin tersebar bahawa gubahan bunga untuk majlis perkahwinan anak perempuan Najib, berharga RM3 juta.

Perdana menteri tidak memberi respon terhadap dakwaan itu, tetapi pegawainya mendakwa kos majlis perkahwinan itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengantin lelaki.

Dr Mahathir juga berpendapat bahawa cukai barangan dan perkhidmatan, yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib pada 1 April, perlu dibatalkan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS