Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ tolak peluang ke-2 buat pesalah porno
Diterbitkan:  May 6, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Keputusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya yang bersalah memiliki bahan lucah kanak-kanak di luar negara mengundang tidak senang banyak pihak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan bantahannya di laman sosial Twitter.

"Harap MARA tidak membazir duit rakyat. #NoSecondChance,” tulis ketua Pemuda Umno itu.

Dalam tempoh kira-kira lima minit saja, kenyataan itu diulang tweet pengikut Khairy lebih 500 kali.

Semalam MARA menyatakan kesediaan membenarkan Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, meneruskan pengajian sejurus kembali ke tanah air.

Dia dijatuhi dijatuhi hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Sementara itu, aktivis Datuk Marina Mahathir juga bantahan sama dengan mempersoalkan tentang “pelajar contoh” yang memuat turun 30,000 gambar kotor di Internet.

Beliau malah menggunakan hashtag menyeru golongan pedofilia (mempunyai kecenderungan seksual pada kanak-kanak) dijauhkan daripada kanak-kanak di negara ini.

Mstar semalam melaporkan Nur Fitri yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown di London akan diberi peluang meneruskan pengajian sejurus kembali ke tanah air.

Ahli Majlis MARA Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata mereka akan memberi sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, termasuk membenarkan dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi MARA.

Katanya, individu yang insaf selepas dihukum wajar diberi peluang kedua terutamanya pelajar yang mempunyai kelebihan dan boleh menjadi aset kepada negara.

"Kita lihat laporan daripada pihak penjara bahawa dia berkelakuan baik sehingga tempoh hukumannya dikurangkan, oleh itu wajar untuk kita memberinya sokongan semula,” beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS