Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Larang jual arak di Melaka bukan keputusan exco'

Keputusan melarang penjualan minuman beralkohol di kawasan majoriti Melayu di Melaka bbukan dibuat oleh exco kerajaan negeri, kata exco kerajaan negeri dari MCA Lai Meng Chong.

Sebaliknya, keputusan tersebut dibuat berdasarkan pertimbangan logik akal, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Lai mengulas pengumuman rakan sejawatnya Ismail Othman bahawa peniaga di kawasan majoriti Melayu yang tertakluk bawah undang-undang empat pihak berkuasa tempatan, dilarang menjual minuman beralkohol, seperti yang dilapor akhbar Sin Chew Daily hari ini.

Empat pihak berkuasa tempatan tersebut ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

"Saya tidak mahu mengulas (lanjut). Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.

"(Exco) tidak meluluskannya. Keputusan dibuat berdasarkan kebijaksanaan seseorang," katanya yang juga ADUN Machap.

Malaysiakini tidak berjaya menghubungi Ismail dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron untuk mendapatkan ulasan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS