Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Najib saman Mkini ditetap 26 Jun
Diterbitkan:  May 6, 2015 8:00 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan sebahagian pembelaan Malaysiakini dalam samannya terhadap portal ini ditetapkan pada 26 Jun.

Beliau memfailkan saman susulan dua kompilasi komen pembaca berhubung kemelut menteri besar Terengganu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hujah-hujah interlokutori untuk mengetepikan pembelaan Malaysiakini .

“Ia ditetapkan pada 9 pagi pada 26 Jun,” kata peguam Najib, Hafarizam Harun hari ini.

Tarikh itu disahkan oleh peguam Malaysiakini , Ashok Kandiah.

Mahkamah telah menghantar surat ditandangani oleh pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Norfauzini Mohd Nordin kepada peguam, yang diterima mereka hari ini.

Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusof, difahamkan mahu membatalkan kira-kira 50 perenggan dalam pembelaan Malaysiakini .

Permohonan akan didengar oleh Hakim Kamaludin Md Said.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS