Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno akan menganjurkan perhimpunan besar 30,000 orang di Sabah bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah persengketaannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perhimpunan itu, kata anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Ghapur Salleh ( bawah ), akan diadakan pada Ahad di Tawau, pantai timur Sabah.

“PM datang ke Tawau dan dia akan bercakap kepada 20,000 hingga 30,000 orang dalam perhimpunan setiakawan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

“Acara itu akan dianjurkan oleh Umno,” kata ketua bahagian Umno Kalabakan.

Ghapur percaya orang ramai dan anggota parti pelbagai latar akan menyertai perhimpunan itu.

Najib dilaporkan akan mengadakan lawatan sehari di Sabah. Beliau dijadual merasmikan projek perumahan di Kota Belud di sebelah pagi sebelum bergerak di Tawau.

Pada 8 Mac, pertemuan setiakawan antara Najib dan ketua-ketua Umno bahagian bagi menjawab tuduhan Mahathir, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan kontroversi kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mahathir juga membangkitkan berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan memberi amaran BN tewas pilihan raya jika terus dipimpin Najib.

Ketika-tiga sayap parti itu juga telah mengisytiharkan sokongan selepas pertemuan tertutup 13 April.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS