Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Orang luar cetek akal desak pinda RUU'
Diterbitkan:  May 7, 2015 1:18 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Rang undang-undang lembaga perumahan Johor yang diluluskan sebelum ini dipinda mengikut desakan orang luar, titah sultan Johor.

Pihak itu disifatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai "cetek akal yang tidak faham mengenai kuasa raja dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor" .

Justeru, perkara itu, titah baginda, menyebabkan beliau tidak setuju dengan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang diluluskan sebelum ini.

"Sekiranya rang-undang tersebut saya luluskan, maka ia akan menjadi tidak selaras dengan beberapa enakmen-enakmen lain yang telah diguna pakai sebelum ini tanpa ada masalah, seperti enakmen perbadanan Johor 1968.

"Oleh yang demikian, saya harap ahli-ahli dewan (negeri) mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan membuat pindaan supaya selaras dengan enakmen-enakmen lain yang berkuasa di negeri Johor," titahnya.

Rang undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 9 Jun lalu tanpa sokongan Pakatan Rakyat.

Setelah pelbagai kritikan, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia akan dipinda dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.

Rang undang-undang itu sebelum ini dikatakan akan menyaksikan pembabitan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sultan beberapa hari selepas itu berkata, untuk kegembiraan rakyat, baginda tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negeri dan tidak akan menafikan nasihat menteri besar.

Lihat Komen
ADS