Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno arah ahli protes di gereja beri penjelasan

Umno telah mengarahkan ahli-ahlinya yang menyertai protes terhadap sebuah gereja, supaya memberi penjelasan bertulis berhubung tindakan mereka itu dan mengingatkan mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, "kurang daripada lima" ahli Umno terlibat dalam protes pada 19 April itu di Taman Medan.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ibu pejabat parti itu telah mengeluarkan surat tersebut, yang serupa dengan surat tunjuk sebab.

Katanya, surat itu menyatakan apa juga yang mereka mahu lakukan, mereka mesti ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

Antara mereka yang menerima surat tersebut ialah Datuk Abdullah Abu Bakar - yang juga abang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar - dan bekas ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan, Munaliza Hamzah.

Polis telah pun membersihkan Abdullah, yang juga ketua cawangan Umno Jaya Taman Lindungan, dengan alasan beliau hadir di situ sebagai orang tengah antara peserta protes dan pihak gereja berkenaan.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata ahli berkenaan juga diingatkan bahawa rakyat Malaysia melihat Umno sebagai parti yang menerajui negara.

Menurutnya, jawapan mereka akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

Jika ada unsur disiplin, tambahnya, maka lembaga akan mengambil tindakan lanjut.

Kira-kira 50 orang berhimpun di luar sebuah gereja di Taman Medan, menuntut supaya tanda salib di premis itu diturunkan kerana dianggap mengganggu orang Islam.

Pihak polis telah menyiapkan siasatan kes itu di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS