Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan polis komuniti kenakan bayaran disiasat
Diterbitkan:  May 7, 2015 4:19 PM
Dikemaskini: 8:33 AM

Polis Kedah akan memantau dan menyiasat mengenai dakwaan bahawa anggota Polis Komuniti mengenakan bayaran bagi perkhidmatan rondaan keselamatan kepada penduduk.

Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya berkata perkhidmatan yang diberikan oleh anggota Polis Komuniti adalah bersifat sukarela dan tiada caj perlu dibayar oleh penduduk untuk tujuan keselamatan.

Pihaknya telah menerima aduan di Gurun dan Sungai Petani yang mendakwa anggota Polis Komuniti memungut caj perkhidmatan daripada penduduk bagi tugas-tugas rondaan keselamatan.

"Terdapat satu kes penduduk dipukul oleh pemungut caj perkhidmatan itu selepas gagal membayar caj tersebut di Sungai Petani tiga minggu lepas. Mereka ini telah melanggar undang-undang dan tindakan perlu diambil.

"Walaupun ini kes terpencil tetapi kita bimbang akan berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya pada majlis dialog bersama kepimpinan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di Jitra hari ini.

Zamri berkata individu atau syarikat keselamatan yang mahu memungut caj perkhidmatan rondaan di sesuatu tempat seperti kawasan perumahan perlu mendapat kebenaran dari pihak polis dan Pihak Berkuasa Tempatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS