Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'TH patut batal pembelian, bukan lapor polis'
Diterbitkan:  May 8, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:16 AM

Tindakan Lembaga Tabung Haji membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah memalukan, kata PAS.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata tindakan itu “jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum”.

“Langkah lebih mulia adalah membatalkan pembelian itu,” kata Husam ( kanan ).

“Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu. ”

Tabung Haji semalam dilapor membuat laporan polis berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Laporan itu, lapor Astro Awani antaranya menyebut blog The Benchmark, yang mendedahkan dakwaan itu, memanipulasi fakta pelaburannya yang menurut peraturan dan mendapat kelulusan secara betul dan teratur.

Ia menyebut pembelian tanah dengan harga RM188.5 juta setelah mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai dinilai oleh penilai bebas dan profesional serta dalam pengetahuan.

Laporan polis itu turut menafikan Tabung Haji sedang dalam proses membeli Menara Signature sebagaimana didakwa.

Pelbagai pihak semalam menuntut penjelasan dan menyatakan perasaan tidak senangnya dengan pembelian yang didakwa melibatkan harga terlampau tinggi.

Mufti Perlis Datuk Mohamad Asri Zainul Abidin anara yang menuntut penjelasan dalam isu itu manakala NGO Islam terkenal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula membuat laporan polis supaya dakwaan blog itu disiasat.

Lihat Komen
ADS