Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi kerajaan untuk membekukan pengambilan kakitangan baru bagi perkhidmatan awam kerana ia pernah dilakukan pada masa lalu, kata bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Sepanjang berkhidmat antara tahun 2006 hingga 2012, beliau berkata, kerajaan juga pernah terpaksa menggantung pengambilan kakitangan awam yang baru.

"Ada ketikanya terdapat keperluan untuk berbuat demikian," katanya ketika ditanya sama ada perkara seperti itu berlaku semasa tempoh perkhidmatannya sebagai pegawai tertinggi kakitangan awam.

Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan sebab-sebab keputusan seperti itu dibuat, tetapi percaya kerajaan mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Sidek (gambar) mengulas pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk menghentikan pengambilan kakitangan baru di 15 agensi awam berkuatkuasa dari 22 April.

Laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang menyiarkan notis mengenainya yang dihantar kepada agensi kerajaan, bertanggapan bahawa arahan baru itu dibuat kerana kerajaan kekurangan dana.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bagaimanapun, berkata jawatan-jawatan "kritikal" dalam kerajaan masih terbuka kepada pemohon.

Dengan seramai 1.4 juta kakitangan awam, yang membentuk kira-kira 10 peratus tenaga buruh, Malaysia mempunyai nisbah kakitangan-penduduk yang tertinggi di dunia.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS