Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Syarikat Borders memberi tempoh seminggu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta ketua pegawai pendakwanya ekoran usaha berterusan agensi itu mahu melanjutkan kes mereka.

Dalam dokumen bertarikh 5 Mei lalu, Borders memberi masa berkenaan supaya JAWI serta pegawai pendakwa menghentikan tindakan undang-undang ke atas salah seorang pengurus mereka, Nik Raina Nik Abdul Aziz atau berdepan dengan tindakan mahkamah.

Malaysiakini berpeluang melihat salinan surat dikeluarkan Borders untuk melantik firma guaman Lee Hishammuddin Allen and Gledhill itu dan ia dihantar secara serahan tangan kepada JAWI.

Melalui surat itu, JAWI dan ketua pegawai pendakwanya diberi amaran mereka boleh dianggap menghina mahkamah kerana mengabaikan perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 22 Mac 2013 serta Mahkamah Rayuan pada 30 Disember 2014.

Disebabkan surat itu diterima pada hari sama, JAWI dan ketua pegawai pendakwa terbabit mempunyai tempoh sehingga Selasa untuk mengikut tuntutan berkenaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS