Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Pulau Pinang mendesak supaya usul tergempar membahaskan integriti Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung hari ini hingga Jumaat.

Berkeras dengan cadangan mereka, seramai 10 ahli PAS tempatan mengadakan perhimpunan aman di luar bangunan DUN menggesa supaya usul tersebut dibentangkan secepat mungkin.

"Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu kontroversi baru-baru ini melibatkan TH kerana ia berkaitan kepentingan awam, terutamanya masyarakat Islam di Pulau Pinang," kata Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS negeri Zolkifly Md Lazim, ketika protes.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini dengan teliti supaya lebih banyak wang rakyat tidak akan disalahgunakan," katanya.

Beliau menegaskan supaya tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat menyalahgunakan wang orang Islam malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya menutup isu ini sebaliknya menjelaskan apa yang berlaku.

Kumpulan itu kemudiannya menyerahkan surat mencadangkan usul tergempar kepada Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS