Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan masih mempunyai kesungguhan politik untuk menggalakkan kesederhanaan di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

Katanya, Malaysia perlu memupuk kesederhanaan untuk berjaya dari segi ekonomi, kerana untuk memacu ekonomi memerlukan kreativiti, inovasi dan budaya keterbukaan.

Bercakap dalam satu forum malam tadi, menteri itu berkata tanpa kesungguhan politik di negara ini, pergerakan seperti Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) tidak akan wujud ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Menurutnya, walaupun konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak sering disalah faham, disalahgunakan, atau bahkan dikritik orang ramai, tetapi ia tetap menjadi wawasan kerajaan untuk negara.

"Ia adalah satu wawasan yang ingin kita miliki," katanya sambil menambah bahawa untuk mencapainya, terdapat perkara-perkara di mana rakyat tidak bersetuju dengannya, atau tidak tahu apa yang dimaksudkannya, atau mereka yang menyatakannya, tetapi tidak mengamalkan apa yang dimaksudkannya.

"Namun, kerajaan terus menggalakkan 1Malaysia dan kerajaan masih mempunyai Jabatan Perpaduan Negara. Ia adalah satu perjuangan -. satu aksi imbangan yang mana kerajaan perlu menyesuaikan diri," kata Low.

Beliau berkata demikian dalam satu forum yang bertemakan "The Great Debate: Everything in Moderation' di Kuala Lumpur malam tadi.

Low ditanya seorang hadirin sama ada kerajaan mempunyai kesungguhan politik untuk menggalakkan kesederhanaan, atau sama ada parti komponen dalam kerajaan, mempunyai terlalu banyak kepentingan dan sebaliknya mempromosikan ketidak keharmonian antara kaum.

Beberapa ahli panel tidak sehaluan dengan pandangan Low itu, termasuk Exco kerajaan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan), dengan menegaskan bahawa forum itu sebelum ini telah dibatalkan.

Forum itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur dan Universiti Nottingham, dan pada asalnya dijadual diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 29 April.

Bagaimanapun, ia dibatalkan pada saat-saat akhir, selepas pengurusan UIAM dikatakan tidak bersetuju dengan kehadiran seorang ahli politik pembangkang, Nik Nazmi, sebagai ahlil panelnya.

Ketua Pegawai Eksekutif GMM ini Saifuddin Abdullah kemudiannya menawarkan untuk menjadi tuan rumah perbincangan, dan forum itu berlangsung malam tadi.

Dalam respons kepada Low, Profesor Undang-Undang Gurdial Singh Nijar berkata penarikan balik cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional, dilakukan oleh ahli politik, yang menunjukkan kekurangan kesungguhan politik.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 

 
Lihat Komen
ADS