Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS telah menghantar semula notis ke Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang akan mula bersidang Isnin ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pihaknya berharap rang undang-undang persendirian itu dapat dibahaskan memandangkan ia tidak sempat untuk dibahaskan pada Mesyuarat Pertama persidangan itu yang diadakan sejak 9 Mac hingga 9 April lepas.

"Notis kedua telah dihantar, dan (PAS) serah pada Speaker (Dewan Rakyat) dan kerajaan (menentukannya)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kota Baharu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata dengan pembentangan dan lulusnya rang undang-undang itu nanti, PAS dapat membuat pindaan pada Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 supaya Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dapat dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga anggota Parlimen Marang, telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun rang-rang undang itu tidak dapat dibahaskan kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS