Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang wartawan membawa pulang sebuah kereta jenama baru bernilai lebih RM100,000 selepas memenangi cabutan bertuah di majlis 'Malam Media Perdana 2015' anjuran Pejabat Perdana Menteri malam tadi.

Wartawan bertuah itu, Kalidass Subramaniom dari akhbar harian Thina Kural berkata beliau amat gembira memenangi Peugeot 408.

"Saya berasa amat gembira, terima kasih kepada majlis media malam ini," kata Kalidass jelas kelihatan teruja selepas acara tersebut.

Katanya, beliau tidak berhasrat untuk menjual kereta itu kerana ia adalah "tuahnya" dan akan menggunakannya untuk perjalanan jarak jauh manakala kereta Kelisa miliknya sekarang, untuk kegunaan harian.

Menurut laman web Peugeot, 408 mempunyai enjin 2.0 liter dan harga jualan RM109,888 di Semenanjung Malaysia.

Kereta Peugeot Sedan itu adalah hadiah utama daripada lebih 600 hadiah untuk dimenangi malam tadi, yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media, penulis blog, penjawat awam, menteri, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut pengacara majlis, acara itu bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada media.

Kebanyakan hadiah yang kelihatan seperti peralatan dapur dan alat memasak seperti periuk nasi, pengisar, periuk dan kuali.

Terdapat juga basikal dan motosikal, serta peralatan elektronik seperti dua iPhone 6 (64 gigabit) telefon pintar, Samsung Tab 4 tablet, dan Samsung LED televisyen pelbagai saiz sehingga 75 inci.

Ianya tidak jelas siapa yang membiayai hadiah bagi cabutan bertuah itu, tetapi pengacara mengumumkan bahawa beberapa hadiah ditaja oleh Naza.

Sepanduk korporat daripada Naza Bikes, Keeway dan Peugeot juga dipaparkan di majlis itu dan kemungkinan mereka adalah antara penajanya.

Penganjur majlis dan Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad enggan menjawab apa-apa soalan mengenai acara itu ketika ditemui selepas ia selesai.

Acara kemuncak hiburan di majlis itu ialah persembahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala dan Menteri de facto Undang-undang Datuk Nancy Shukri (foto), yang naik ke pentas disambut dengan sorakan gemuruh hadirin,

Idris memetik gitar dan berduet dengan Nancy menyampaikan lagi 'Help me make it through the night'. Mereka kemudiannya mendendangkan sebuah lagi bertajuk 'Apo nak dikato' dalam dialek Negeri Sembilan yang dipopularkan oleh Blues Gang..

.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 
 

Lihat Komen
ADS