Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) berpendapat belum ada keperluan untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho untuk disoal siasat berhubung skandal 1MDB.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, agensi itu memanggil saksi berdasarkan keperluan mengikut proses siasatan.

Katanya, saksi juga perlu diberi notis selama dua minggu sebelum dipanggil menghadap jawatankuasa berkenaan.

"Setakat ini selain kakitangan kerajaan dan pihak pengurusan 1MDB, PAS juga memanggil juruaudit untuk memberi keterangan," katanya.

Namun tarikh sebenar untuk pendengaran itu belum ditetapkan.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS