Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua gempa bumi susulan landa Kathmandu
Diterbitkan:  May 22, 2015 6:31 AM
Dikemaskini: May 22, 2015 12:05 AM

Dua gempa susulan berukuran 4.2 dan 4  pada skala Richter melanda Nepal pada tengah hari Khamis.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), gempa susulan yang pertama berpusat di Dolkha sementara gempa susulan kedua berpusat di Nuwakot, kira-kira 30 kilometer ke utara Kathmandu.

Tiada kerosakan terbaru dilaporkan setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Nepal.

Gegaran itu merupakan gempa susulan kepada gempa bumi kuat pada 25 April berukuran 7.9 yang menggegarkan Nepal, kata ahli seismologi NSC, Som Prasad Sapkota.

Kadar kekuatan gempa susulan itu secara beransur-ansur telah menurun sejak gempa susulan kuat berukuran 7.3 menggoncang Nepal pada 12 Mei, katanya dan menurutnya gempa susulan mungkin berlaku beberapa kali lagi.

Lebih 670 gempa susulan direkodkan setakat ini sejak gempa bumi kuat pada 25 April dengan 251 daripadanya mempunyai magnitud 4.

Lebih 8,600 orang terkorban dalam gempa bumi pada 25 April dan gempa susulan pada 12 Mei.

Lebih 17,000 orang cedera, lebih 400,000 rumah rosak sementara kerosakan harta benda dianggarkan berbilion-bilion dolar (berbilion ringgit Malaysia).

Kerajaan Nepal menganggarkan kos untuk membina semula bangunan dan struktur yang rosak ialah US$40 bilion dan telah memohon bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Nepal bercadang untuk menyiapkan kerja-kerja membangunkan semula kemudahan itu dalam tempoh lima tahun.

Kerajaan Nepal telahpun menggerahkan Tentera Nepal untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pembangunan semula di kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS