Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ulang tahun TUDM: 'Kita Adalah Satu'
Diterbitkan:  May 22, 2015 7:51 AM
Dikemaskini: May 22, 2015 12:03 AM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyambut hari ulang tahun yang ke-57 pada 1 Jun ini yang bertemakan 'We Are One/Kita Adalah Satu'.

Panglimanya, Jen Datuk Seri Roslan Saad berkata sambutan kali ini akan diadakan di Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

"Beberapa acara akan diadakan di sana (Kuantan) yang berbentuk ketenteraan seperti istiadat perbarisan bersama panji-panji skuadron, program kebajikan, keagamaan dan lain-lain," katanya dalam temu bual bersama media sempena sambutan hari berkenaan di Markas TUDM, di Kementerian Pertahanan, di ibunegara semalam.

Beliau berkata tema sambutan kali ini bertujuan mengukuhkan lagi perpaduan seluruh warga TUDM dalam mereka mempertahankan ruang angkasa dan kedaulatan negara.

"Warga TUDM perlu berpengetahuan luas dan berkepakaran tinggi serta mempunyai jati diri yang kental sebagai pra-syarat kecemerlangan organisasi pasukan TUDM di masa hadapan.

Beliau turut menggariskan enam pelan transformasi dalam menjadikan pasukan TUDM ke aras yang cemerlang dan tinggi.

Enam pelan transformasi itu ialah peningkatan kesiapsagaan, pembangunan modal insan, memperkasa kepimpinan dan tadbir urus, pengukuhan struktur organisasi, peningkatan kebersamaan dan kolaborasi, dan pengutamaan keselamatan dan kebajikan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS