Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR digesa benar parti politik daftar pengundi
Diterbitkan:  May 22, 2015 10:32 AM
Dikemaskini: 3:15 AM

ADUN DAP Balakong, Ng Tien Chee mendakwa bahawa proses pendaftaran pemilih menjadi kurang efisien dan lembab setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik khidmat penolong pendaftar pemilih (PPP).

Menurutnya, dianggarkan terdapat kira-kira 2.6 juta pengundi yang layak yang belum didaftarkan.

"Warganegara yang ingin mendaftar sebagai pemilih menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian kerana saluran pendaftaran menjadi terhad.

"Sebelum ini mereka yang ingin mendaftar sebagai pemilih boleh berbuat demikian melalui program pendaftaran yang kerap diadakan oleh parti politik.

"Namun setelah penarikan balik khidmat penolong pendaftar pemilih (PPP), me

reka hanya boleh mendaftar melalui pejabat pos mahupun menerusi program 'outreach' SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ng berkata, SPR sepatutnya membenarkan parti politik untuk terus membantu proses pendaftaran pemilih memandangkan ia lebih mudah.

Menjelang pilihan raya umum 2013, parti-parti politik, terutamanya pembangkang, mendaftar pengundi secara agresif dalam usaha untuk mengukuhkan pangkalan pengundi mereka.

Bagaimanapun, SPR enggan memperbaharui tempoh khidmat PPP dari parti politik dan NGO selepas pilihan raya umum itu.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS