Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perang terbuka Umno dah meletus, kata Lim
Diterbitkan:  May 22, 2015 1:33 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Perang terbuka antara kumpulan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun meletus, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim berhujah serangan daripada pemimpin akar umbi daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik semakin bercambah dalam parti terbesar di Malaysia itu.

Semalam pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee menyokong gesaan Muhyiddin supaya anggota lembaga pengarah 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib, disiasat.

Sementara Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Puad Zarkashi pula menyelar Muhyddin, sebagai menteri pelajaran, malas turun padang sehingga masih terdapat kerusi amat daif digunakan di sekolah.

“Sebagai propagandis Umno, tiada siapa percaya Puad menyerang terbuka Muhyiddin, tanpa lampu hijau daripada Najib,” kata Lim ( atas ) dalam kenyataan hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS