Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inflasi naik 1.8 peratus lepas GST
Diterbitkan:  May 22, 2015 1:50 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Kadar inflasi negara naik 1.8 peratus pada April susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Statistik Indeks Harga Pengguna (CPI), Jabatan Perangkaan, menunjukkan peningkatan daripada 109.9 kepada 111.9, berbanding bulan sama tahun lalu.

Pada Mac kadar inflasi hanya 0.9 peratus.

Menurut statistik itu, pada April berlaku peningkatan harga arak dan hasil tembakau sebanyak 13 peratus diikuti penjagaan kesihatan (5 peratus), hotel dan restoran (4.3 peratus) serta makanan dan minuman ringan (3.1 peratus).

Keempat-empat barangan dan perkhidmatan itu menyumbangkan 79.3 peratus kepada peningkatan CPI, kata jabatan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS