Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dipengaruhi faktor cukai barangan dan perkhidmatan (GST), bukannya polemik hudud.

Itu antara keputusan dua kaji selidik dijalankan kumpulan pemikir kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) yang masing-masing dijalankan antara 17 hingga 19 April, dan 3 Mei lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan pada 7 Mei.

Responden ditanya sama ada pelaksanaan GST akan membawa sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Dalam kaji selidik pertama, 64 peratus daripada 1,075 responden berkata "ya" berbanding 33 peratus berpendapat "tidak". Baki 3 peratus adalah tidak pasti.

Kaji selidik pada 3 Mei bagaimanapun menunjukkan 73 peratus memberi jawapan "ya" apabila ditanya soalan sama.

Timbalan Pengerusi IDE, Mohammad Redzuan Othman dalam sesi dialog di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini berkata, pengundi Permatang Pauh tahun GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat.

Mengenai isu hudud, katanya, tidak membimbangkan mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS