Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Taja serangan Muhyiddin? No komen'
Diterbitkan:  May 23, 2015 8:40 AM
Dikemaskini: 8:11 AM

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Puad Zarkashi enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya kemungkinan pihak beliau membuat bayaran kepada Facebook bagi meningkatkan penyebaran statusnya mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin  kelmarin.

Status itu disertai dua keping gambar menunjukkan keadaan sebuah sekolah yang daif di Keningau, Sabah.

Apabila dihubungi Malaysiakini, Puad sekadar membalas: "Tiada komen. Saya tak nak komen apa-apa tentang Facebook saya. Saya tak nak komen."

"Saya takut anda semua putar belit (komen) nanti," katanya.

Kelmarin, Puad memuat naik gambar berkenaan bersama kenyataan pedas beliau kepada "menteri" dan "timbalan menteri" yang didakwanya "malas turun ke bawah" untuk melihat keadaan sebenar sekolah di Sabah.

Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap sekolah ketika ini diterajui Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Puad pula kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Isu bayaran kepada Facebook untuk meningkatkan kekerapan dan penyebaran posting berkenaan timbul kerana pengguna yang membaca kenyataan Puad itu boleh melihat perkataan sponsored dipaparkan di bawah nama beliau.

Sebelum ini Muhyiddin menjadi perhatian dengan ucapannya yang tegas mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Pendirian Muhyiddin itu diketahui ramai melalui potongan rakaman video bocor yang dibocorkan di Internet.

Lihat Komen
ADS