Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Cadangan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin ( gambar ) supaya Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengesahkan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak dianggap tidak relevan oleh seorang pemimpin parti itu.

Bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tiada keperluan untuk badan itu mengadakan mesyuarat tergempar.

"Setakat ini tiada mana-mana ahli parlimen atau majlis tertinggi menyatakan mereka tidak lagi menyokong Najib," katanya kepada Malaysiakini.

Kata Reezal Merican, memang ada sesetengah pemimpin menyampaikan pandangan masing-masing mengenai parti dengan pelbagai cara, termasuk melalui kaedah diplomatik dan lantang.

Namun, katanya, keadaan seperti itu juga berlaku dalam parti lain.

"Presiden PAS pun dicabar. Adakah PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk ahli jawatankuasa pusatnya?" tanya Reezal Merican.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS