Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Puad: Ada yang kepanasan
Diterbitkan:  May 23, 2015 12:53 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Mungkin tidak terkesan dengan kemarahan sesetengah pihak, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zakarshi terus menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang sering turun padang.

Melalui akaun Facebook beliau, Puad berkata, isu "turun padang" yang bermula kelmarin masih panas sehingga hari ini.

"Ada yang boleh terima dan ada pula yang panas duduk," katanya.

Puad juga menyedari ada pihak tertentu yang mendakwa beliau tidak berhemah dalam mengkritik .

 

Isu 'Turun Padang' masih panas. Ada yang boleh terima dan ada pula yang panas duduk. Ada yang kata saya tidak berhemah...

Posted by DrPuad Zarkashi on Friday, May 22, 2015

Apa pun, kata Puad, beliau meneruskan aktviti turun padang dan membuktikannya melalui sekeping gambar lawatan menziarahi enam rumah, termasuk satu didiami seorang ibu tunggal yang membesarkan empat anak.

Kata Puad, ibu tunggal tersebut tinggal sebumbung dengan ibu bapa dan nenek menjadikan "rumah usang" berkenaan didiami seramai 11 orang.

Kelmarin Puad memuat naik gambar keadaan sekolah rendah di Keningau, Sabah yang daif. Dalam statusnya, beliau juga sempat mengkritik menteri yang bertanggungjawab, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lihat Komen
ADS