Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin terbaik pernah mentadbir negara ini, kata bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar, ialah allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Bercakap dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia, Affifuddin berkata, selain tidak kaya-raya, Abdul Razak juga tidak dikelilingi ahli perniagaan kaya.

“Dia tak ada cukong . Beliau tak ada Vincent Tan, Yeoh Tiong Lai, Syed Mokhtar. Jho Low pun dia tak ada,” katanya disambut gelak ketawa tetamu.

Selain Affifuddin, turut hadir sebagai panel ialah bekas Menteri Bersar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, dan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Sebelum itu Affifuddin menyatakan ciri yang perlu ada untuk Perdana Menteri Malaysia akan datang.

Katanya, Muslim di negara itu teruatamanya tidak boleh menggunakan acuan tradisional untuk memilih pemimpin dengan membandingkan tokoh tertentu dengan Nabi Muhammad, Khalifah Umar Abdul Aziz atau Sultan Muhammad al-Fateh dari Empayar Uthmaniyah.

"Pemimpin Malaysia mesti tahu hal ehwal ekonomi kerana dengan itu saja negara boleh maju dan memiliki acuan sama seperti acuan Tun Razak," katanya.

Lihat Komen
ADS