Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian Kesihatan saring pelarian Rohingya
Diterbitkan:  May 24, 2015 10:27 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Kementerian Kesihatan bersedia untuk menjalankan ujian saringan terhadap pelarian Rohingya sekiranya mereka dibawa masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

    

Beliau berkata amalan itu merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit.

    

"Warga asing yang berada di negara ini perlu dipastikan bebas dari sebarang penyakit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Persatuan Farmasi Malaysia dekat Georgetown malam tadi.

    

Sementara itu Dr Hilmi berkata kini terdapat 12,800 ahli farmasi yang berdaftar di negara ini dengan 60 peratus daripada mereka berkhidmat dalam sektor awam.

    

Katanya nisbah antara ahli farmasi dengan penduduk kini ialah 1:2,541 orang dan berharap ia dapat dikurangkan menjelang tahun depan kepada nisbah 1:2,000 orang.

    

Beliau juga berkata khidmat penghantaran ubat melalui kiriman pos dan kaunter pandu lalu didapati berkesan dalam mengurangkan masa menunggu pesakit mengambil ubat selain memudahkan perjalanan mereka untuk mendapatkan ubat.

    

-Bernama

Lihat Komen
ADS