Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Kita akan jejak pihak yang bertanggungjawab
Diterbitkan:  May 25, 2015 7:15 AM
Dikemaskini: 11:47 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata beliau memandang berat terhadap penemuan kubur besar yang terletak di kawasan Malaysia dekat sempadan Thailand yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

"Kami akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab," kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengesahkan mengenai penemuan kubur-kubur besar berdekatan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Zahid dilaporkan berkata kubur-kubur itu dikenal pasti sebagai kubur kepada pelarian dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
    
"Mungkin, satu kubur memuatkan tiga, empat atau hanya satu mayat. PGA dan VAT 69 masih menjalankan siasatan dan memeriksa kawasan itu. Dengan kerjasama Thailand, kami akan menjumpai lebih banyak mayat," kata Zahid.
    
Zahid berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, akan mengumumkan perincian perkara itu dalam masa terdekat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS