Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cerita tikus vs Selcat buat YB mengeluh
Diterbitkan:  May 25, 2015 12:39 PM
Dikemaskini: 4:46 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya Hannah Yeoh hari ini mengeluh tentang kecenderungan rakyat Malaysia terhadap perkembangan berbentuk sensasi.

Katanya, apabila bercakap tentang cadangan pembaharuan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Selangor tidak banyak memberikan reaksi.

Bagaimanapun respon berbeza sekali apabila beliau memuat naik gambar 'tikus gergasi' yang didakwa ditangkap di kawasannya, katanya yang juga speaker Dewan Selangor.

“Apabila saya muat naik gambar tikus yang dipertikaikan saiz gergasinya, saya terima lebih daripada seribu 'like'.

“Kamu cakap sekarang, kenapa rakyat Malaysia suka berita macam ini?” soalnya di Facebook.

 

Photo of rat caught in USJ11 is circulating online. It was the angle when rat was photographed making it look gigantic....

Posted by Hannah Yeoh on Sunday, 24 May 2015

Hannah hari ini menulis di Facebook dengan menjelaskan bahawa gambar 'tikus raksasa' di Subang Jaya yang disebarkan meluas di Internet sebenarnya hasil manipulasi teknik kamera.

Seorang pengguna Facebook bernama Lim Sian See sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila memuat naik gambar seekor tikus gergasi yang “lebih besar daripada anjing”.

Beliau juga mempersoalkan kerja Hannah dan kerajaan Selangor bagi menangani masalah itu.

Lihat Komen
ADS