Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keputusan presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) esok adalah satu penghinaan, kata setiausaha agung PKR Rafizi Ramli.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Rafizi berkata, Arul sepatutnya dipecat serta-merta atas penghinaan tersebut.

Menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, Rafizi berkata cukuplah sebelum ini mereka tidak tampil secara terbuka untuk membuat sebarang penjelasan dan sekarang mereka enggan pula hadir mesyuarat PAC.

Katanya, di mana-mana Parlimen di dunia, apabila dipanggil oleh jawatankuasa tertinggi seperti PAC, kerana tindakan yang memberi kesan pada awam, mereka perlu hadir.

Rafizi berkata tidak mengapa jika mereka datang dan tergagau-gagau atau berkata 'Saya tak boleh menjawab itu.'

Ia tidak mengapa, tegas Rafizi, tetapi tunjuklah rasa hormat kepada Parlimen dan PAC.

Ahli parlimen DAP yang juga anggota PAC, Tony Pua pula menegur kedua-dua mereka kerana tidak hadir walaupun telah diberi notis yang mencukupi.

Menulis dalam twitter, Pua berkata kedua-duanya mendakwa berada di luar negara dalam tempoh dua hari tersebut, walaupun telah diberi notis untuk hadir kira-kira tiga minggu lalu.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS