Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow telah bayar saman trafik
Diterbitkan:  May 26, 2015 11:10 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membayar saman trafik selepas ia didedahkan oleh seorang ahli parlimen DAP yang menggesa polis supaya menangkap menteri itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Akhbar Liow Lim Chau Leng mengesahkan bahawa Liow telah membayar samannya.

Mengenai dakwaan MP DAP Segambut, Lim Lip Eng yang menteri itu mempunyai tiga saman yang belum dibayar, Chau Leng menyatakan bahawa Liow telah membayarnya semalam.

Antara tiga saman itu, kata Chau Leng, satu adalah berkaitan cermin gelap (kereta Liow), manakala dua lagi saman telah dihantar ke alamat lama, di mana Liow telah pun berpindah.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS