Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata, walaupun bersetuju dengan gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), perbuatan membocorkan klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri itu bukan sesuatu yang betul dibuat.

"Pendirian kita ialah perlu ada kerahsiaan dalam parti. Ia (majlis dihadiri Mujhyiddin) adalah sesi tertutup dengan timbalan perdana menteri.

"Walaupun saya fikir apa yang dikatakan beliau (Muhyiddin) sangat penting, membocorkan video itu bukan tindakan yang betul," katanya di sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut Khairy, tindakan mesti diambil terhadap pihak yang membocorkan maklumat berkenaan.

"Walaupun kita bersetuju (dengan apa diucapkan Muhyiddin), ia tak patut," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS