Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pensyarah: Kaji sifar GST barang keperluan utama
Diterbitkan:  May 27, 2015 9:00 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

Kerajaan perlu mempertimbangkan beberapa produk keperluan utama untuk disenaraikan sebagai berkadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban yang ditanggung masyarakat, menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Perakaunan dan Percukaian Fakulti Undang-Undang, Perakaunan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datin Dr Norsiah Ahmad berkata setelah hampir dua bulan pelaksanaan GST sejak 1 April lepas, kerajaan sepatutnya sudah dapat melihat produk lain yang boleh dipertimbangkan sebagai sifar GST.

"Banyak produk dan keperluan utama bagi masyarakat perlu dilihat semula seperti perkhidmatan telekomunikasi, elektrik dan air ... apa salahnya kalau dikadarkan sifar dahulu sehingga dua hingga tiga tahun ... apabila dah selesa dengan GST, baru kenakan GST 6 peratus," katanya ketika ditemui Bernama.

Norsiah berkata sekiranya pihak kerajaan dapat mengkaji dan mempertimbangkan perkara tersebut, ia sedikit sebanyak dapat melegakan masyarakat.

"Kajian susulan juga perlu dilakukan untuk melihat apa keperluan bukan asas tapi merupakan keperluan utama bagi sesetengah kumpulan ... mungkin pada wanita produk asas seperti pembersih muka mungkin satu keperluan sebab ia digunakan hari-hari ... inilah perkara yang perlu dipertimbangkan kerajaan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS