Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: M&A sentiasa terbuka untuk orang awam
Diterbitkan:  May 27, 2015 8:15 AM
Dikemaskini: 2:16 AM

Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A)  dan akaun kewangan 1MDB sentiasa terbuka kepada orang awam melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda.

"Apa sahaja dakwaan bahawa dokumen-dokumen ini bocor, atau butiran-butiran kandungan yang berada dengan mereka tidak didedahkan sebelum ini, adalah tidak benar dan kami kesal dengan sindiran yang dibuat terhadap perkara ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu dibuat sebagai penjelasan kepada laporan media baru-baru ini berkenaan dokumen berkenaan.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS