Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mkini kekal teratas dalam Q1 tahun ini
Diterbitkan:  May 27, 2015 10:32 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

Malaysiakin i - portal berita bebas Malaysia -  mengekalkan kedudukannya sebagai laman web berita yang paling banyak dikunjungi, yang diakses melalui komputer meja atau komputer riba di negara ini, dalam suku pertama tahun ini.

 

Malaysiakini sekali lagi berada di kedudukan teratas dalam bulan Mac 2015 dengan 1.12 juta pengunjung unik, demikian menurut laporan Media Matrix comScore.

 

Laporan bulanan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Malaysiakini berada di tempat pertama, dengan mencatatkan 1.25 juta pengunjung unik pada bulan Januari dan 1.17 juta pada bulan Februari.

 

Star Online, yang mendahului Malaysiakini pada separuh kedua tahun lepas, mengekori rapat di belakang. Kedua-dua laman web itu menyaksikan arus menurun pengunjung unik tetapi mengekalkan kedudukan mereka di kalangan portal berita negara.

                                                                       

Star Online mencatatkan 1.16 juta pengunjung unik pada bulan Januari dan jumlahnya menurun sedikit pada bulan Februari (1.07 juta) dan naik semula pada bulan Mac (1.11 juta).

 

Sementara itu, Malaysian Insider mencecah tahap satu juta pengunjung untuk menduduki tempat ketiga dengan 1.01 juta pengunjung pada bulan Mac - untuk mendahului Harian Metro sejak Februari 2015.

 

Laporan Media Matrix comScore bagi Mac 2015 menunjukkan dua portal Bahasa Melayu - Harian Metro dan Sinar Harian - berentap untuk menduduki tempat keempat.

 

Harian Metro mencatatkan 777,000 pengunjung unik manakala Sinar Harian dengan 705,000.

 

ComScore adalah sebuah syarikat global yang menyediakan data pemasaran dan analisis kepada pelbagai syarikat, agensi, dan penerbit antarabangsa.

 

[Baca berita penuh/asal]


Lihat Komen
ADS