Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Projek-projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) mungkin memberi nafas baru kepada syarikat kontroversi negara 1MDB, demikian amaran anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Dakwanya seperti biasa projek-projek dalam rancangan kerajaan memberi faedah kepada segelintir orang dan kroni serta tidak memacu ekonomi negara ke depan seperti dirancang.

Justeru, katanya, jika tidak berhati-hati RMK11 boleh digunakan untuk memberikan nilai tambah kepada 1MDB yang kini dibebani hutang.

Naib presiden PKR itu berkata demikian dalam forum membincangkan sama ada rancangan itu dapat dicapai di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam forum itu, Rafizi ( kiri ) juga meminta orang ramai terus memerhati perkembangan sekitar syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Beliau sendiri melalui NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) sedang menganjurkan kempen “tutup 1MDB” untuk menjalankan kaji selidik dan memfailkan tindakan mahkamah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS