Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GST bukan alasan utama gulung tikar
Diterbitkan:  May 27, 2015 11:47 AM
Dikemaskini: 4:14 AM

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukanlah alasan utama untuk perniagaan gulung tikar,

jelas Kementerian Penerangan.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, kementerian juga menyebut bahawa premis perniagaan ditutup disebabkan banyak faktor, seperti perniagaan oleh golongan tuan yang tiada waris penyambung.

“Bagaimanapun kerajaan prihatin terhadap peniaga yang tidak mencapai threshold RM500,000.

“Kerajaan memberi ruang daftar secara sukarela dengan syarat kos pematuhan GST tidak melebihi keuntungan perniagaan supaya mereka tidak terbeban dengan perkara tersebut,” menurut jawapan itu.

Kementerian menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang mahu tahu jumlah premis perniagaan yang telah ditutup susulan pelaksanaan GST, termasuk jenisnya dan negeri terjejas.

Lihat Komen
ADS