Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasil 9 bulan GST dianggar RM690 juta saja
Diterbitkan:  May 27, 2015 12:30 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Kerajaan dijangka mengutip sehingga  RM23.3 bilion cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk tempoh sembilan bulan selepas pelaksananya bermula 1 April lalu.

Bagaimanapun, setelah ditolak banyak perkara, hasil tambahan bersih dianggarkan sebanyak RM690 juta saja.

Kementerian Kewangan berkata jangkaan itu diambil kira berdasarkan pelepasan GST pada bahan bakar tertentu seperti RON95 dan barangan berkadar sifar (RM3.8 bilion), tambahan BR1M (RM4.9 bilion) dan kehilangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) (RM13.8 bilion).

Bagaimanapun kerajaan tidak dapat menyatakan hasil kutipan setakat ini kerana terdapat urusan berkaitan penyata yang belum selesai.

Jelasnya, tarikh akhir penghantar penyata berkaitan GST bagi perniagaan mempunyai pendapatan lebih RM5 juta pada hari terakhir bulan berikutnya.

Manakala bagi syarikat yang keuntungannya kurang daripada jumlah itu dikehendaki menghantar penyata pada hari terakhir dalam tiga bulan.

"Sehubungan dengan itu, kutipan hasil GST bagi kedua-dua tempoh bercukai bagi bulan April, Mei dan Jun hanya dapat dimuktamadkan selepas 31 Julai 2015.

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Parlimen yang mahu tahu nilai kutipan GST termasuk kutipan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Jumlah daripada sektor awam tidak dinyatakan dalam jawapan bertulis itu.

Lihat Komen
ADS