Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Selamatkan pekerja MAS
Diterbitkan:  May 27, 2015 12:29 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

MP Batu Gajah, V Sivakumar berkata kerajaan perlu mengambil kira soal kebajikan para pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang bakal kehilangan mata pencarian ekoran langkah penstrukturan semula syarikat berkaitan kerajaan itu.

Katanya, kementerian pengangkutan perlu campur tangan segera untuk menyelamatkan pekerja yang tidak akan diserap semula ke dalam MAS selepas pemberhentian 20,000 kakitangannya.

“Mereka akan menghadapi beban hidup yang lebih tinggi setelah dipecat kerana terpaksa menbayar pelbagai komitmen diri dan keluarga.

“Tindakan MAS untuk membuang 8,000 pekerja ini akan menambahkan masalah sosio ekonomi dalam negara kita,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan.

MAS dilaporkan akan mengeluarkan surat penamatan tugas atau penggajian semula kepada antara 6,000 hingga 8,000 orang daripada 20,000 orang yang diberhentikan.

Ia sebahagian langkah untuk memulihkan MAS dengan menjadikannya sebagai syarikat penerbangan serantau yang lebih kecil..

Penggajian semula akan menawarkan kekosongan kepada hanya 6,000 hingga 8,000 orang, dengan syarat-syarat baru.

Laporan sebelum ini menyebut, sejumlah 6,000 kakitangan akan ditamatkan perkhidmatan.

Lihat Komen
ADS