Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'K'jaan masih kaji RUU Keharmonian Nasional'
Diterbitkan:  May 27, 2015 12:46 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Kerajaan masih lagi mengkaji keperluan untuk menggubal Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak yang berkepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam, perdana menteri berkata akta itu akan lebih bersifat "langkah pencegahan" jika kerajaan memutuskan untuk menggubal Akta Keharmonian Nasional selaras dengan dasar dan falsafah 'damping dan didik' kerajaan.

"Akta ini boleh diandaikan bertujuan untuk memupuk masyarakat yang akan sentiasa mengutamakan perpaduan negara dan mencegah daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan solidariti nasional kita," kata Najib.

Beliau menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) mengenai kedudukan cadangan penggubalan Rang Undang-undang Keharmonan Nasional sama ada ia dibatalkan selepas pindaan pada Akta Hasutan 1948 serta pihak berkepentingan yang terlibat.

Dalam jawapan itu juga, Najib berkata kerajaan berikrar akan menterjemahkan tindakan mempromosi keharmonian nasional berasakan empat elemen iaitu hormat-menghormati, tolong menolong, kerjasama dan jaringan, jika kerajaan berhasrat untuk menggubalnya.

Katanya, sehingga kini, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif termasuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak berkepentingan bagi menggubal akta itu melalui forum, seminar dan sidang meja bulat.

Ia dijalan melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, NGO badan profesional dan badan beragama.

"Akhir sekali, kerajaan berpandangan pendekatan secara positif dan berterusan bagi mempromosi keharmonan agama dan kaum di negara ini perlu sentiasa dilaksanakan," katanya.

Lihat Komen
ADS