Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid cabar jemaah menteri letak jawatan
Diterbitkan:  May 27, 2015 1:41 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencabar anggota jemaah menteri menunjukkan tanggungjawab masing-masing dengan meletak jawatan ekoran skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, anggota Kabinet sepatutnya mencontohi bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad pada 1987.

“Itu zaman lain, ketika para pemimpin memandang serius tanggungjawab (mereka),” kata Zaid di Twitter.

Tegasnya, para anggota Kabinet perlu berbuat demikian jika mahu perdana menteri bertanggungjawab ke atas skandal 1MDB.

“Mereka tidak boleh harap PM bertanggungjawab, mengikut prinsip tata kelola yang baik, jika mereka tidak sanggup membuat perkara yang sama,” kata Zaid lagi.

Bekas menteri hal ehwal undang-undang itu mengemukakan cabaran tersebut susulan pendedahan mengenai syarat kelulusan bertulis perdana menteri bagi segala urusniaga kontroversi oleh Terengganu Investment Authority (TIA).

TIA merupakan badan perintis yang membawa kepada penubuhan 1MDB.

Lihat Komen
ADS