Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Peguam Negara fail rayuan
Diterbitkan:  May 27, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 10:05 AM

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini berhubung arahan semakan semula persempadanan bahagian pilihan raya negeri Sarawak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Saya difahamkan Pejabat Peguam Negara sudah membuat rayuan pagi tadi tapi SPR belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya," katanya kepada Bernama.

Proses kajian semula persempadanan mengambil masa kira-kira enam bulan sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan pindaan Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak untuk pertambahan bilangan kerusi DUN daripada 71 kepada 82.

Pada 15 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Yew Jen Kie mengarahkan SPR agar mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana hakim mendapati terdapat kekurangan maklumat penting dalam notis bertarikh 5 Januari bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan. 

Berikutan keputusan mahkamah itu, SPR diarah mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS