Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Dr M ulang 'khabar angin jahat' pada Rosmah
Diterbitkan:  May 27, 2015 7:31 PM
Dikemaskini: 11:51 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengulangi “khabar angin berniat jahat” terhadap keluarga dan isterinya Rosmah Mansor.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam ucapan di Ipoh, Mahathir memetik kenyataan palsu yang dijaja pembangkang melalui artikel ubah suai daripada Utusan Malaysia.

“Beliau juga bangkitkan kembali fakta palsu dan memburuk-burukkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang bahawa isteri saya miliki cincin RM24 juta.

“Ini semua bohong, syarikat yang memiliki cincin itu perjelas secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah,” katanya dalam siri baru jawapan kepada soalan lazim (FAQ) di blognya hari ini.

Najib meluahkan rasa kesal kerana orang seperti Mahathir turut menabur fitnah kepada orang ramai.

Sebelum ini, beredar gambar muka depan satira Utusan kononnya Rosmah mampu membeli cincin mewah itu kerana telah menabung daripada kecil.

Najib mula memuat naik FAQ menjawab isu panas dalam negara selepas Mahathir hilang kepercayaan pada pentadbirannya dan menuntut beliau berundur.

Beliau juga hari ini mengambil peluang menjawab serangan Mahathir dengan berkata banyak perkara dilontarkan tidak adil dan mengelirukan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS