Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dua belas anggota polis telah ditangkap, dan kini sedang disiasat berhubung kemungkinan ada kaitan dengan kubur besar dipercayai mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui berhampiran sempadan Malaysia-Thai.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa empat anggota telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan dan lapan lagi ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka ditahan semasa tiga operasi anti-pemerdagangan manusia 'Op Pintas' dari Mac tahun lepas hingga sekarang, katanya, sambil menambah 43 penyeludup manusia juga turut ditahan.

Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab usul tergempar Pakatan untuk membahaskan penemuan mayat yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia di kem berhampiran sempadan Malaysia-Thai.

Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen selepas itu, Wan Junaidi bagaimanapun berkata belum diketahui sama ada 12 anggota  terbabit ada kaitan dengan kubur besar itu.

"Kami masih menyiasat sama ada mereka terlibat secara langsung atau sama ada mereka tahu tetapi tidak mengambil tindakan," katanya, sambil berkata adalah satu kesalahan bagi anggota penguatkuasa membantu dan bersubahat dalam sebarang jenayah.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS