Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jamil Khir: Pastikan hudud ikut perlembagaan
Diterbitkan:  May 28, 2015 12:57 PM
Dikemaskini: 5:06 AM

Menteri di Jabatan Pertada Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pelaksaan hudud mesti selaras dengan perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Perkara itu, kata Jamil, bagi memastikan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman terjamin.

“Oleh yang demikian, pemaksaan undang-undang Islam hendaklah dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan, khususnya aspek pemakaian undang-undang Islam tersebut yang terhad kepada orang Islam sahaja bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) ( kiri ).

Ng mahu tahu pendirian kabinet terhadap enakmen hudud Kelantan serta rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menyentuh hasrat PAS untuk meminda akta itu, bagi membuka laluan pelaksanaan hudud, Jamil menjawab kerajaan mengambil maklum untuk mencadangkan rang undang-undang itu semasa mesyuarat pertama, penggal ketiga, sesi Parlimen ke-13 lalu.

Beliau juga berkata kerajaan sentiasa berusaha memartabatkan keadilan syariah.

Perkara itu, katanya lagi, termasuk memperluas kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah, menyemak semula kedudukan hakim syariah serta memantapkan pendakwaan di mahkamah itu.

Lihat Komen
ADS