Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gadis Revolusi Payung' pula tiba ke M'sia
Diterbitkan:  May 28, 2015 5:33 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Penganjur forum sempena ulang tahun ke-26 tragedi berdarah Tiananmen hari ini menerbangkan pengganti kepada aktivis Revolusi Payung Hong Kong Joshua Wong ke negara ini.

Kedatangan Wong Ji-yuet itu sekali gus memberikan tamparan kepada Putrajaya yang mengusir pulang Joshua daripada Malaysia sebelum ini.

Ji-yuet ( kanan ), 18, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kira-kira jam 3.30 hari ini.

Gadis remaja itu antara individu penting dalam kumpulan pelajar Hong Kong Scholarism yang memimpin protes besar tahun lalu bagi membantah undang-undang pilihan raya majlis perundangan oleh Beijing.

Beliau tiba sambil menjinjing “Lufsig wolf” keluaran IKEA, sebuah patung serigala comel berbaju kotak-kotak, yang menjadi lambang gerakan prodemokrasi Hong Kong selepas ia dilempar kepada ketua eksekutif negara itu CY Leung pada 2013.

Selasa lalu, imigresen Malaysia mengusir Johsua ke negara asal tidak sampai sejam beliau mendapat di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang.

Dari Skudai ke PJ

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penghantaran pulang itu susulan isu berkaitan masalah keselamatan negara.

Polis pula berkata ia bagi menjaga hubungan dengan Beijing.

Joshua dijadual berucap dalam beberapa acara minggu ini berkaitan isu demokrasi dan kegiatan pelajar.

Beliau diangkat oleh majalah antarabangsa Time sebagai wajah revolusi bagi menuntut pilihan raya yang teratur.

Penganjur sebelum ini berkata bahawa program itu akan diteruskan tetapi tidak mendedahkan siapa pengantinya sehinggalah Ji-yuet tiba hari ini.

Ji-yuet dijangka berucap dalam acara di Skudai, Johor malam ini dan Petaling Jaya esok malam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS