Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden NGO PERKASA Datuk Ibrahim Ali bukan sahaja mahu menteri malah kakitangan awam juga perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana mempunyai kekayaan di luar kemampuan mereka.

Beliau mengulas tulisan dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat kekayaan para menteri dan ia telah membawa Malaysia menjadi antara 10 negara yang korup.

"Saya bersetujulah dengan soalan Tun Dr Mahathir kerana saya penyokong beliau. Tapi soalan ni lama dah saya persoalkan. Benda sama. Tidak hanya menteri tapi kakitangan kerajaan juga.

"Saya pernah sebut, lihat kepada bekas pegawai kerajaan yang bersara sebagai ketua setiausaha, ketua pengarah.

"Jika kamu kira gaji mereka selepas 30 tahun kerja dan walaupun mereka berpuasa (puasa) sepanjang masa, mampukah mereka mempunyai kekayaan seperti sekarang?" kata Ibrahim pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS